Universiti Kuala Lumpur (UniKL) akan menjalin kerjasama dengan Institute of Railway Signal Engineers (IRSE) berkaitan sistem kawalan isyarat pengangkutan rel.

Kolaborasi itu dimuktamadkan dalam pertemuan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Eksekutif IRSE Blane Judd ketika lawatan kerja Datuk Seri Mahdzir ke United Kingdom.

Menurut beliau, satu perjanjian khusus akan dimeterai bersama IRSE bagi membolehkan UniKL menawarkan kursus di peringkat Diploma Lanjutan dan Sijil Kompetensi yang diiktiraf di seluruh dunia.

Menerusi kolaborasi tersebut, Pusat Rel Asia UniKL akan dilantik sebagai Pusat Penawaran Program Pembangunan Profesional bermula di peringkat sijil dan Diploma Lanjutan dalam bidang kawalan isyarat yang diperakui oleh pihak IRSE.

IRSE juga bersetuju menjadikan UniKL sebagai pusat penilaian kepada mana-mana individu profesional serta jurutera bidang kawalan isyarat yang akan dinilai oleh Pusat Rel Asia UniKL dan IRSE untuk membolehkan mereka mendapat persijilan yang diiktiraf di seluruh dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini