Selepas menghantar seramai 70 sukarelawan ke Lembah Klang bagi membantu mangsa banjir khususnya dikalangan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), misi bantuan banjir kini digerakkan ke Pahang.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Profesor Dr Mohd Fo’ad Sakdan, misi kali ini lebih besar dengan melibatkan seramai 600 pelajar dan kakitangan.

Mereka terdiri daripada sukarelawan dari badan beruniform terutamanya PALAPES, Kor SUKSIS dan sukarelawan lain yang akan turut membantu dalam pemulihan pasca banjir di Pahang.

Buat permulaan seramai 150 sukarelawan telah digerakkan ke Temerloh menggunakan tiga buah bas dan tiga buah van, membawa pelbagai barangan keperluan serta jaket keselamatan.

Dengan kekuatan ahli badan beruniform berkenaan, Misi Op Pasca Banjir di Pahang dijangka melibatkan 6 fasa bantuan secara berperingkat.

Turut serta dalam misi di Pahang adalah kakitangan UniMAP yang mempunyai pelbagai kepakaran termasuklah perubatan, teknikal dan pembangunan serta khidmat sokongan psikologi dan kaunseling.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini