Meningkatkan taraf pendidikan anak veteran Angkatan Tentera Malaysia- ATM, kurang berkemampuan, antara misi jangka panjang Kementerian Pertahanan. Untuk itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

MoU bagi tempoh lima tahun, ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif UNIRAZAK, Amil Izham Hamzah dan Ketua Pengarah JHEV Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad. Majlis disaksikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Melalui MoU berkenaan, seramai 500 anak-anak veteran ATM lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak, akan ditawarkan mengikuti Program Pengajian Asasi Sastera secara percuma setiap tahun.  Pengambilan pertama akan memulakan pengajian pada Julai ini.

UNIRAZAK akan membiayai sepenuhnya yuran pengajian berjumlah RM12,500 bagi setiap pelajar. Manakala Yayasan ATM membiayai caj pentadbiran sebanyak RM100 bagi setiap pelajar dengan kos keseluruhan dianggarkan berjumlah RM16 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini