Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA memberi cuti bencana selama lapan hari kepada pelajarnya susulan banjir yang melanda beberapa negeri.

Naib Canselornya yang menjalankan fungsi, Profesor Dr Fadzli Adam berkata, sepanjang tempoh 19 hingga 26 Disember, semua aktiviti kuliah ditangguhkan buat sementara.

Langkah itu diambil sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan pengurusan universiti terhadap kebajikan golongan sasar yang terjejas musibah.
 
Bagaimanapun, bagi Fakulti Perubatan, hanya pelajar Tahun 1 sahaja yang terlibat dengan pelaksanaan cuti ini, manakala pelajar lain perlu mengikuti pembelajaran dan pengajaran seperti biasa.
 
Mana-mana pelajar yang terjejas dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di talian 09-668 7945.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini