Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU, Jabatan Perdana Menteri akan membuat pemutihan data dalam e-Kasih bermula awal tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,ia bagi mengemaskini data keluarga miskin dan miskin tegar di seluruh negara.

Ia selari pelaksanaan strategi Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12) menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun 2025.

Jelasnya, Kerajaan negeri pula dicadang menubuhkan Unit Kemiskinan di peringkat negeri dan daerah bagi memastikan agenda pembasmian kemiskinan tegar dapat dicapai.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke daerah Sik, Kedah.

Tambahnya, ketika ini, terdapat 506,669 keluarga miskin berdaftar dalam sistem e-Kasih di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini