Sebuah unit khas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan ditubuhkan khusus untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) memanfaatkan teknologi termasuk menjalankan perniagaan dalam talian. Demikian kenyataan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Unit tersebut akan bertindak menyelaraskan sebarang permohonan berhubung hal berkaitan teknologi dan penggunaan internet yang diterima daripada golongan OKU di negara ini. Penubuhan unit itu juga bertujuan melihat masalah yang dihadapi golongan tersebut dalam penggunaan teknologi dan internet. Selain itu, beliau menyarankan penggunaan teknologi infra yang mampu membantu golongan berkenaan memperkasa perniagaan seterusnya mampu meningkatkan taraf hidup mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini