Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia bakal ditubuhkan pada Julai tahun depan. Ia adalah hasil naik taraf daripada Kolej Keusahawanan Koperasi Antarabangsa yang terletak di Cyberjaya, Selangor.

Proses naiktaraf itu kini di peringkat akhir dan sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Tan Sri Noh bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Seminar Bicara Ketua Eksekutif “Nafas Baharu Koperasi Era Endemik”. Beliau turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Akronim Baharu Institut Koperasi Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini