Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNSC beri amaran tindakan rampasan kuasa di Sudan akan mengancam usaha menstabilkan benua Afrika ketika ini.

Timbalan Wakil Tetap Ireland ke PBB, Brian Flynn berkata tindakan tentera itu mengkhianati permintaan rakyat Sudan untuk revolusi, keamanan, keadilan dan pembangunan ekonomi.

Kebanyakan wakil anggota sehubungan itu menggesa supaya dikembalikan semula pemerintahan berdasarkan perlembagaan di Sudan.

Insiden tragik di Sudan itu adalah susulan perubahan kerajaan tanpa mengikut perlembagaan.

Wakil Norway Trine Heimerback pula mendesak agar semua tahanan dibebaskan.

UNSC semalam mengadakan mesyuarat tergempar majlis keselamatan berkaitan Sudan.

Rampasan kuasa tentera berlaku selepas ketegangan antara kerajaan awam dan tentera selama beberapa minggu.

Kesatuan Afrika kini menggantung keanggotaan Sudan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini