Satu upacara memberi penghormatan terakhir buat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pagi tadi, akan diadakan pada Rabu. 

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) memaklumkan upacara tersebut diadakan di Association of Churches in Sarawak, Jalan Stampin di Kuching.

Sesi untuk orang kenamaan adalah pada 8.30 hingga 9.30 pagi diikuti sesi untuk orang awam mulai 9.30 pagi hingga 2 petang.

Orang ramai yang datang dinasihat berpakaian kemas dan juga dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) COVID-19.

Menurut UKAS, mendiang Masing meninggal pada usia 72 tahun akibat komplikasi jantung dan ujian COVID-19 beliau yang terakhir adalah negatif.

Mendiang akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching, selepas selesai upacara penghormatan terakhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini