Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun ini menyaksikan peratusan lulus keseluruhan sebanyak 95.37 peratus diperoleh 464,605 calon tahun lima dan enam.
 
Mata Pelajaran Amali Solat mencatatkan keputusan tertinggi dengan 97.40 peratus, diikuti Penghayatan Cara Hidup Islam (96.06 peratus) dan Bidang Al-Quran mencapai 96.89 peratus kelulusan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff menerusi kenyataannya memaklumkan, keputusan itu bukti keberkesanan aktiviti pembelajaran KAFA secara keseluruhan termasuk dalam talian yang dilaksanakan.
 
pencapaian ini sekali gus mencapai objektif penilaian yang telah ditetapkan dengan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, Tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.
 
Keputusan UPKK yang mengggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) boleh disemak secara dalam talian bermula hari ini sehingga sehingga 11 januari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini