Universiti Putra Malaysia (UPM) terus menghargai atlet mereka yang telah mengharumkan Malaysia pada Sukan SEA 2021.

Seramai 20 atlet universiti tersebut menerima insentif dalam Majlis Meraikan Atlet.

Insentif tersebut sebagai penghargaan kepada jasa dan sumbangan besar mereka dalam penyertaan Sukan SEA 2021 di Hanoi.

Antara atlet yang menerima insentif tersebut adalah pemenang emas acara 3 Meter Papan Anjal Wanita, Ng Yan Yee dan pemenang gangsa acara 4X100 meter wanita, Azreen Nabila Alias dan Zaidatul Husniah Zulkifli.

Pemenang emas, perak dan gangsa masing-masing menerima insentif sebanyak 700, 500 dan RM300.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini