Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencapai kedudukan 123 terbaik di dunia dalam QS World University Rankings 2023.

Ia merupakan pencapaian terbaik universiti berkenaan dalam sejarah penarafan antarabangsa, sekali gus muncul institut pengajian kedua terbaik dalam negara.


Reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah kakitangan akademik dan peratus pelajar antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UPM.

Ini menunjukkan reputasi serta pengiktirafan antarabangsa telah berjaya menarik minat pelajar luar negara untuk mengikuti program pengajian di UPM.

Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, bagi meningkatkan kecemerlangan universiti, kualiti penyelidikan dalam bidang tujahan utama khususnya bidang pertanian dan sekuriti makanan, akan terus diberi tumpuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini