Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyerahkan surat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian kepada jaguh berbasikal trek Olimpik negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

Dalam satu sesi ringkas yang diadakan di Kampus Sultan Azlan Shah, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, turut menyampaikan surat tawaran jawatan Pensyarah Universiti kepada jaguh berbasikal trek negara itu.

Menerusi satu kenyataan, Profesor Datuk Dr Md Amin berkata, tawaran berkenaan adalah penghargaan pihak UPSI atas pencapaian cemerlang Datuk Azizulhasni di peringkat antarabangsa.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu menerima tawaran melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat Sarjana selama dua tahun bernilai RM42,000.

Atau Doktor Falsafah selama 3 tahun bernilai lebih RM100,000. Tambah Profesor Datuk Dr Md Amin, penawaran insentif kecemerlangan itu ditawarkan secara terbuka bermula 1 September 2021 hingga 31 Disember 2024.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini