Beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan jika kerajaan berhasrat memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ini melibatkan aspek kecekapan proses bayaran balik dan mengelakkan kekeliruan dalam pengkelasan barang bercukai dan tidak bercukai.

Menerusi Laporan Kewangan Rakyat ke-98, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan tahap kemahiran pegawai kerajaan, pematuhan peniaga dan tadbir urus keseluruhan GST juga perlu ditambahbaik.

Meski peningkatan harga komoditi global memberi manfaat kepada negara, hasil tersebut tidak mampan kerana bergantung kepada pergerakan pasaran global.

Justeru, kerajaan harus meneroka sumber hasil yang stabil dan lebih meluas seperti cukai kepenggunaan.

Bagaimanapun, sistem percukaian baharu perlu diluluskan di parlimen sebelum dilaksanakan.

Justeru, mengambil kira keperluan libat urus serta penambahbaikan sistem sedia ada, GST tidak mungkin dilaksanakan tahun ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini