Masyarakat Islam tidak perlu bimbang dengan status halal ayam beku import yang dibawa masuk dari China dan Thailand ke negara ini.

Ini kerana, agensi berkaitan sentiasa menjalankan pemantauan dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat keraguan mengenai perkara terbabit.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Idris Ahmad setakat ini, tiada sebarang laporan diterima mengenai keraguan status halal ayam import tersebut.

Semalam Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan, 7 ribu tan metrik ayam dilulus untuk diimport masuk ke negara ini sepanjang Disember.

Usaha dilakukan bagi mengimbangi kenaikan harga barang mentah itu di pasaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini