Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan semua perkara.

Itu penegasan Tan Sri Annuar  mengulas mengenai program seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sarawak ketika ini.

Katanya JENDELA telah dilancarkan tahun lepas dan ia melibatkan seluruh negara.

Tan Sri Annuar berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Operasi BERNAMA sempena PRU DUN SARAWAK Ke-12 di Kuching.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini