Masih banyak perlu diperbaiki.

Itu tegas Ketua jurulatih Skuad Hoki Projek Khas Wanita negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim yang berpendapat penyudah dan pertahanan pasukan perlu diberikan perhatian serius.

Menurut Nasihin, kelemahan tersebut perlu diperbaiki menjelang kempen Piala Asia 2022 di Muscat, Oman bermula 21 hingga 28 Januari ini.

“Saya rasa bila kita berada ball position dan hari ini lawan team laju jadi player pun tak dapat berfikir dengan cepat jadi kita perlu lagi main game macam ni untuk player dapat sesuai dengan cepatlah”.

Beliau ditemui pemberita selepas tamat perlawanan persahabatan skuad wanita menentang MBPJ Boys di Stadium Hoki Bukit Jalil, hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini