Usaha mendokumentasikan pengalaman diplomat dalam perbincangan penting melibatkan hubungan luar negara, akan dipergiat.

Menurut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, ia bakal menjadi rujukan penting ke arah melahirkan lebih banyak diplomat muda berpengetahuan.

Langkah tersebut dipertanggungjawabkan di bawah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) yang menghimpunkan individu penting berkaitan bidang perhubungan luar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Anugerah Buku IDFR – Al Bukhary 2021 di Ibu Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini