Kempen Selamatkan Harimau Malaya adalah satu daripada pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). 

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, menerusi pencapaian tersebut, memorandum persefahaman ditandatangani antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, (PERHILITAN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM.

Ia bagi memastikan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara tidak pupus di atas muka bumi ini.

Menurut Datuk Seri Takiyuddin, kerjasama strategik itu dapat mengukuhkan lagi usaha sedia ada kerajaan melalui Kempen Selamatkan Harimau Malaya bagi meningkatkan penglibatan dan kesedaran masyarakat.

Majlis yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya ini turut disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini