Usaha menyerap guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke skim perjawatan tetap, kini berada di peringkat akhir.Perkara itu diberitahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Kertas kerja mengenainya telahpun disiapkan dan pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan maklum balas, selain berunding dengan mereka yang berkepentingan dalam isu tersebut. Dianggarkan terdapat 31,460 guru KAFA bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis KAFA seluruh negara ketika ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini