10 orang peserta dalam kalangan asnaf di Negeri Sembilan dipilih menyertai Program Usahawan Asnaf Berdikari anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan KEMAS, Rafea’ah Nahar, peserta diberi peluang mempelajari bidang kemahiran asas selain mendapat pendedahan dan latihan bagi menambah pendapatan keluarga menerusi perniagaan.

Beliau ditemui pada Program Asnaf Berdikari Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Kuala Pilah.

Rafea’ah menambah, setiap peserta terus dipantau selepas tamat program sehingga mampu berdikari sekaligus menambah pendapatan harian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini