Mekanisme terbaik bagi membantu usahawan Industri Kecil Dan Sederhana, IKS yang terjejas akibat kenaikan cukai gula yang baharu, sedang diteliti.Demikian kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Hatta Md Ramli.Perbincangan akan dilakukan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mempertimbangkan kelonggaran sementara , kesan daripada kenaikan komoditi itu. Setakat ini aduan yang diterima hanya melibatkan peniaga industri terbabit di Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini