Peruntukan RM210 juta disalur melalui Dana Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan serta Program Pemodenan Vesel Dan Mekanisasi Tangkapan.

Manfaatnya bakal dinikmati usahawan di setiap rantaian agromakanan pada peringkat huluan dan hiliran.

Usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Agrobank itu merupakan kemudahan pembiayaan di bawah Dana Jaminan Makanan.

Jelas Menterinya, Datuk Seri. Dr. Ronald Kiandee inisiatif diambil memandangkan akses kepada pembiayaan menjadi faktor penghalang usaha mengadaptasi teknologi.

Secara pecahan, RM150 juta untuk Program Pemodenan Vesel Dan Mekanisasi Tangkapan manakala RM60 juta bagi Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan dengan kadar faedah pembiayaan rendah.

Beliau merasmikan Majlis Mempromosikan Dana Modenisasi Rantaian Nilai, Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan di ibu negara.

Kemudahan pembiayaan merangkumi perolehan peralatan dan teknologi berteraskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) sehingga 1 juta ringgit pada kadar faedah 3.5 peratus setahun bagi tempoh maksimum 10 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini