Selain manusia dan harta benda, banjir yang melanda negara turut memberi kesan kepada haiwan.

Di Kemaman, seorang warga emas membina reban rakit, bagi menyelamatkan ternakan ayam kampungnya daripada bencana.

Sejak lima tahun, Abu Bakar Che Ahmad, 66 tahun, mengusahakan ternakan ayam denak menggunakan kacukan ayam hutan, bagi menjana pendapatan sampingan.

Namun, dia sering menanggung kerugian setiap kali musim banjir, kerana ternakannya mati dihanyutkan air.

Bagi mengelak perkara sama berlaku, bapa tujuh anak itu, membina reban rakit menggunakan kayu, jaring besi dan tong plastik.

Ia boleh memuatkan kira-kira 200 ekor ayam.


Ayam denak ternakannya dijual antara RM100 hingga RM300 seekor, bergantung kepada jenis ayam.

Permintaan terhadap ayam tersebut sangat tinggi, khususnya daripada peminat ayam hutan dari luar Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini