Program USANITA- Penjenamaan dan pendigitalan bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar, platform khas bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata inisiatif di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar demi memacu pembangunan ekonomi, meluaskan pasaran termasuk pemasaran perniagaan dalam talian.

Beliau melancarkan program berkenaan di ibu negara. Usahawan selebriti terkenal Datuk Rosyam Nor bekerjasama sebagai ikon bagi 50 jenama produk keluaran USANITA. Usahawan di luar bandar digesa mengambil peluang pemasaran secara digital agar mampu melangkau pasaran antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini