Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari ini, ditangguhkan  dan dibawa ke persidangan akan datang.

Penangguhan usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat dan dipersetujui suara majoriti ahli dewan.

Usul penangguhan ini disokong Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli. 

Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu perlu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan, 23 Ogos lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini