Susulan pengumuman Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatan Presiden KL City FC, baru baru ini.

Beliau mahu sesiapapun penggantinya selepas ini haruslah mengutamakan kebajikan pasukan terutamanya pemain.

Ini kerana sejak di bawah kendaliannya, skuad The City Boys berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021.

Meskipun tidak lagi bersama skuad KL City FC, Tan Sri Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia; akan sentiasa bersedia memberikan input berguna demi kemajuan pasukan.

Tan Sri Annuar dilantik sebagai presiden KL City FC pada Februari 2021; merupakan antara watak penting yang menjadi kunci utama kebangkitan serta kejayaan pasukan itu musim lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini