Universiti Utara Malaysia (UUM) disenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia dalam senarai dikeluarkan ‘Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2022’ yang diumumkan semalam.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Dr Haim Hilman Abdullah, berkata UUM kini berada di tangga ke-98 senarai itu berbanding 107 tahun lalu. Ia pencapaian terbaik universiti itu, sekali gus membuktikan perancangan Pelan Strategik UUM yang mula dilaksana pada 2011 berada pada landasan betul.

Beliau berharap agar warga universiti terus berusaha bekerja secara berpasukan bagi menjayakan agenda universiti untuk meletakkan UUM sebaris dengan universiti-universiti ternama dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini