Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang sudah menerima vaksin siri primer daripada jenis yang sama.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa enam bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin itu.

Bagi vaksin Coronavac pula tiga hingga enam bulan selepas dos kedua diterima.

Beliau dalam satu kenyataan menjelaskan, pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin tersebut kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini