Individu berusia bawah lima tahun di Amerika Syarikat (AS) bakal menerima vaksin COVID-19.
Ini selepas Panel pakar yang dirujuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) negara itu mengesyorkan vaksin COVID-19 Moderna untuk kelompok usia tersebut.
Ahli panel juga dijangka mengundi untuk membenarkan vaksin Pfizer diberikan golongan usia sama.
Kanak-kanak di bawah usia lima tahun adalah satu-satunya kumpulan umur yang belum layak untuk imunisasi COVID-19 di AS dan kebanyakan negara.
AS juga setakat ini merekodkan 480 kematian COVID-19 dalam kumpulan umur kosong hingga empat tahun.
Setakat bulan lalu juga, negara tersebut mencatatkan 45,000 kemasukan ke hospital dalam kumpulan umur sama dengan hampir satu perempat daripadanya memerlukan rawatan rapi.