Saintis di Oxford giat membangunkan vaksin COVID-19 baharu dalam bentuk tampalan yang hanya perlu dilekatkan atas kulit.

Dilaporkan, tampalan itu diperbuat daripada jarum mikro kecil yang menembusi kulit.

Sekiranya berjaya, vaksin COVID-19 dalam bentuk tampalan bersaiz sebesar ibu jari itu boleh didapati dalam pasaran menjelang tahun 2025.

Ia sekaligus berpotensi menamatkan keperluan suntikan dos penggalak yang bermusim.

Sebuah syarikat berpangkalan di Oxfordshire, Emergex mahu vaksin COVID-19 dalam bentuk baharu yang dihasilkannya mencetuskan tindak balas sel T yang mampu menghalang virus daripada menular.

Ketika ini, teknik tampalan itu berada pada ujian klinikal tahap pertama yang menyaksikan ia diberikan kepada 26 sukarelawan di Lausanne, Switzerland.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini