Individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, masih perlu mematuhi SOP pencegahan yang ditetapkan. Peringatan itu disuarakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Vaksin COVID-19, hanya mampu mengurangkan 40 peratus penularan varian dominan delta. Akuinya, vaksin boleh menyelamatkan nyawa, tetapi tidak menghalang penularan sepenuhnya.

Justeru, bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti, dan menyebarkan virus berkenaan, pemakaian pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan mengelak berkumpul di tempat tempat, perlu dipraktikan dalam kehidupan harian.

Serentak dengan peringatan itu juga, agensi kesihatan Kesatuan Eropah, EU merayu negara anggota, segera memperkenalkan pendekatan bagi menangani lonjakan kes COVID-19.

Rayuan dibuat sehari selepas WHO Eropah memberi amaran, 700,000 lagi kematian bakal dicatatkan di Eropah dan Asia Tengah pada musim sejuk tahun ini. Eropah kini menjadi benua paling teruk dilanda wabak COVID-19 dengan trend peningkatan terutamanya di negara yang merekodkan kadar vaksinasi rendah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini