Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer BioNTech dikatakan 100 peratus berkesan terhadap kanak-kanak berumur 12 hingga 15 tahun, empat bulan selepas dos kedua.

Data terbaharu itu dijangka akan membantu menyokong permohonan mereka untuk mendapatkan kelulusan penuh di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Syarikat itu yakin, data tambahan ini akan memberi keyakinan kepada semua pihak terhadap keberkesanan vaksin keluaran mereka.

Ini sekaligus membantu komuniti dunia dalam mempertingkat kadar vaksinasi dalam kalangan remaja dalam memerangi penularan Covid-19.

Program vaksinasi perlu dipergiat memandangkan kes jangkitan melibatkan golongan remaja kini meningkat.

Amerika memberi kelulusan penggunaan kecemasan vaksin berkenaan untuk remaja Mei lalu dan syarikat itu merancang untuk mendapatkan kelulusan penuh tidak lama lagi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini