Calon vaksin COVID-19 pertama Korea Selatan, yang dibangunkan SK Bioscience Co, telahpun menerima kelulusan daripada kumpulan penasihat pakar farmaseutikal.
Ini menjadikannya semakin hampir untuk dipasarkan secara komersial.
Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan memaklumkan GBP510, dilaporkan sudah diluluskan dari aspek keselamatan dan tahap keberkesanan.
Juga dikenali sebagai SKYCovione, ia vaksin tempatan yang berjaya melalui tiga fasa ujian klinikal.
Ia dibangunkan bersama Institut Penyelidikan Reka Bentuk Antigen Universiti Washington.
Utama Rentas Benua