Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran, sikap tergesa-gesa negara-negara kaya untuk melancarkan dos vaksin Covid-19 tambahan telah meluaskan lagi jurang ketidaksamaan dalam akses kepada suntikan yang akan memanjangkan lagi tempoh wabak itu.

Ketidaksamaan yang ketara dalam akses kepada vaksin menyebabkan penduduk di negara-negara miskin terdedah  tanpa suntikan ketika negara-negara kaya melancarkan program suntikan dos penggalak.

WHO juga mengesyorkan semua acara sepanjang sambutan Krismas dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 varian Omicron di seluruh dunia.

Ia adalah langkah sementara untuk kembali kepada keadaan normal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini