Program vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Jerman terus diperhebat. Lebih istimewa apabila program vaksinasi untuk kanak-kanak ini dilakukan di atas pesawat Airbus A300 Zero-G.

Membuatkan kanak-kanak lebih teruja ialah selepas disuntik, mereka dan ibu bapa diberi peluang melawat ke kokpit pesawat dan mengambil gambar.

Kanak-kanak berkenaan dilihat riang menaiki pesawat bagi mendapatkan vaksinasi. Bagi ibu bapa, ini merupakan peluang meluaskan program vaksinasi di negara itu selain ke klinik.

Untuk rekod,  sehingga 2014, pesawat Airbus A300 Zero-G tersebut digunakan untuk simulasi tanpa berat yang digelar pesawat “prabolic” dan digunakan untuk tujuan penerbangan ujian.

Jawatankuasa Penasihat Bebas Vaksinasi Jerman sebelum ini telah meluluskan pemberian vaksinasi terhadap kanak-kanak dengan masalah kesihatan. Mereka diberi dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dengan sela masa tiga hingga enam minggu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini