Pelajar berusia 13 dan 14 tahun yang terlepas vaksinasi Human Papilloma Virus (HPV) akan menerima suntikan vaksin tersebut tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan ll, Datuk Aaron Ago Dagang, suntikan akan diberi melalui perkhidmatan kesihatan sekolah.

Pemberian vaksin tersebut tidak dapat dilaksana tahun ini berikutan penutupan sekolah akibat pandemik COVID- 19.

Kerajaan juga bersedia memberi vaksin tersebut kepada remaja lelaki yang ada kemungkinan menjadi pembawa virus HPV pada masa akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini