Pfizer dan BioNTech dijangka mengemukakan permohonan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun kepada Jabatan Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Selasa.
Memetik laporan Washington Post, bekalan dos vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak bawah usia lima tahun itu dijangka siap menjelang akhir bulan ini.
Pada Januari, Pfizer berkata ia menjangkakan keputusan terkini daripada ujian klinikal untuk kanak-kanak bawah lima tahun menjelang April depan.