Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer dan Moderna.

Ia bagi kumpulan kanak-kanak berusia dari enam bulan hingga lima tahun.

Vaksin dua dos Moderna dibenarkan bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun, manakala tiga dos suntikan Pfizer pula untuk mereka berusia antara enam bulan dan empat tahun.

Vaksin tersebut adalah bagi perlindungan daripada kesan teruk COVID-19.

Walau bagaimana pun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) perlu mengesyorkan vaksin terbabit sebelum ia digunakan di Amerika Syarikat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini