Pharmaniaga Berhad berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan mengeksport kumpulan pertama vaksin COVID-19 ‘fill and finish’ Sinovac ke Myanmar.

Vaksin tersebut dikeluarkan melalui kilang berteknologi tinggi, diiktiraf Kesatuan Eropah, milik anak syarikat Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.

Ia akan dipasarkan Hemas Mandalar Pharmaceuticals Ltd, sebuah syarikat farmaseutikal Myanmar.

Kedua-dua syarikat telah menandatangani Memorandum Kolaborasi yang membolehkan Pharmaniaga membekalkan 200,000 dos vaksin vaksin kepada dua buah hospital swasta milik Hemas Mandalar di Yangon.

Penghantaran vaksin yang dibuat secara berperingkat bermula 13 November akan mempercepat program vaksinasi pasaran swasta di Myanmar.

Jelas Pharmaniaga, usahasama tersebut akan mengukuhkan hubungan perniagaan yang terjalin dan membuka lebih banyak lagi peluang perniagaan baharu di negara itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini