Varian baharu COVID-19, ‘Mu’ yang pertama kali dikesan di Colombia pada Januari lalu, kini menjadi varian dominan di negara tersebut.

Menurut Pegawai Kesihatan, Marcela Mercado, varian itu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kematian pada April hingga Jun lalu.

Sekurang-kurangnya 700 orang maut setiap hari dengan dua pertiga daripada diuji positif varian ‘Mu’.

Varian itu dilapor telah merebak ke 43 negara serta menunjukkan kadar penularan yang tinggi.

Terdahulu, varian yang dikenali secara saintifiknya sebagai B.1.621, diklasifikasikan sebagai varian yang perlu diberi perhatian (VOI).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini