Kerajaan sedang meneliti keberkesanan vaksin terhadap varian baharu COVID-19, Omicron.

Varian dikesan di beberapa negara menyebabkan Malaysia menyekat perjalanan keluar dan masuk dari negara-negara berkenaan.

Justeru, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, pengembara warga Malaysia yang merancang lawatan ke tujuh negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, tidak dibenar meneruskan perjalanan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil dos penggalak dalam meningkatkan imunisasi tubuh badan selain sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sehingga kini, tiga negara telah melaporkan kes membabitkan varian Omicron iaitu Afrika Selatan (77 kes), Botswana (empat) dan Hong Kong (dua).

Datuk Dr Noor Azmi menjawab pertanyaan ahli parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini