261 lagi kes baharu COVID-19 melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan di negara ini.

Varian Delta mencatatkan angka tertinggi iaitu 259 kes jangkitan dari 20 hingga 28 Oktober.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selain Delta, satu lagi varian VOC dikesan adalah Beta yang merekodkan dua kes.

Varian kes ini dikesan hasil kajian berterusan  Institut PenyeIidikan Perubatan dan beberapa pusat kajian lain.

Penemuan ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) sebanyak 2,645 kes.

Secara keseluruhan, sehingga kini terdapat 2,385 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Aplha berada dalam kategori VOC.

Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini