Afrika Selatan menjangkakan gelombang keempat jangkitan COVID-19 susulan varian baharu Omicron. Ini berikutan purata kes sepanjang minggu meningkat kepada 1,600 berbanding 500 kes minggu sebelumnya.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berkata saintis di negaranya sedang bekerja keras menentukan sama ada Omicron mudah menjangkiti atau ia meningkatkan risiko jangkitan semula.

Mereka juga mengkaji sama ada varian ini boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan sejauh manakah daya tahan vaksin semasa terhadap varian Omicron.

Buat masa ini, saintis negara itu telah menentukan bahawa kebanyakan peningkatan kes jangkitan adalah disebabkan oleh varian Omicron. Omicron telah dikesan minggu lepas oleh penyelidik di Afrika Selatan dan telah mencetuskan amaran global baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini