Britain yang merupakan pengerusi kumpulan negara G7, menggesa mesyuarat tergempar untuk membincangkan krisis COVID-19. Gesaan dibuat selepas beberapa negara Eropah mengumumkan kes varian baharu, Omicron. Mesyuarat yang disertai Menteri-menteri kesihatan G7 juga dijangka diadakan hari ini.

Pada masa sama, Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata para saintis dan pengeluar vaksin memerlukan dua hingga tiga minggu untuk mendapatkan gambaran penuh tentang kualiti mutasi varian Omicron.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Australia mengesan jangkitan pertama Omicron pada dua penumpang pesawat yang menjalani ujian saringan selepas tiba di Sydney dari selatan Afrika.

Kedua-dua penumpang itu tiba di Australia menerusi penerbangan Qatar Airways melalui Doha. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Omicron sebagai varian membimbangkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini