Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian Omicron telah dikesan di 23 negara dan dijangka terus meningkat.

WHO memandang serius kemunculan varian itu dan menggesa setiap negara  berbuat perkara yang sama.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sekurang-kurangnya 23 negara di lima daripada enam wilayah WHO melaporkan kes Omicron.

WHO mengkategorikan Omicron varian membimbangkan selepas didedahkan penyelidik di Afrika Selatan.

Banyak negara kini menangguhkan penerbangan dari tujuh negara Afrika Selatan.

Dr Tedros menggesa campur tangan disesuaikan oleh negara-negara, termasuk menguji pelancong sebelum dan selepas mereka tiba di sesebuah negara.

Beliau, bagaimanapun, memberi amaran larangan perjalanan akan membebankan kehidupan dan mata pencarian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini