Pengembara Malaysia yang mahu melawat Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe tidak dibenar meneruskan perjalanan mereka susulan penularan varian COVID-19 baharu, Omicron.

Arahan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sekatan sementara turut dilaksana kepada semua pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke negara terlibat.

Beliau bercakap pada sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian Omicron sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC).

Varian itu dilaporkan mudah menular dengan cepat dan menjadikan vaksin kurang berkesan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini