Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini beri amaran lonjakan kes jangkitan Omicron global.

Malah penyebarannya dikesan lebih pantas dan mudah, berbanding varian Delta yang lebih dominan sebelum ini.

Lebih 15 juta kes dilaporkan kepada WHO minggu lalu dengan berjuta-juta lagi kes tidak direkodkan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding Delta, ia kekal sebagai virus berbahaya terutama bagi mereka yang tidak divaksin.

Tegasnya, majoriti yang dijangkiti tidak menerima vaksin.

Jelasnya, Vaksin dikenal pasti berkesan mencegah kematian dan kesan penyakit yang teruk, namun masih tidak dapat menghalang penularan sepenuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini