Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) memberi amaran, varian baharu COVID-19 iaitu Omicron,  berupaya memberi risiko ‘tinggi hingga sangat tinggi’ terhadap Eropah.

Menurut ECDC lagi, kemungkinan vaksin sedia ada tidak dapat melindungi daripada jangkitan Omicron.

Varian Omicron yang pertama kali di kesan di Afrika Selatan juga berkemungkinan mempunyai kebolehjangkitan lebih tinggi.

Jelas ECDC, kebarangkalian pengenalan dan penularan serta risiko keseluruhan Omicron terhadap Kesatuan Eropah (EU) dan Kawasan Ekonomi Eropah  adalah sangat tinggi.

Agensi itu meminta orang ramai tidak melakukan perjalanan ke kawasan terjejas dengan varian berkenaan.

Selain Afrika Selatan, Omicron dilaporkan dikesan di Botswana, Hong Kong dan Belgium yang juga negara anggota EU.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini