Varian sama turut dikesan tersebar dalam komuniti di seluruh England.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Kesihatannya, Sajid Javid, masih terlalu awal untuk merumuskan sama ada ia akan menjejaskan usaha pemulihan pasca pandemik.

Perdana Menteri Boris Johnson sebelum ini memaklumkan tiada sekatan lanjut diperlukan untuk menangani varian Omicron.

Kerajaan Britain pada masa sama mempertahankan pengenalan peraturan lebih ketat untuk memperlahankan penyebaran virus itu.

Kini terdapat 261 kes Omicron di England, 71 di Scotland dan empat di Wales dengan keseluruhan sebanyak 336.

Britain telah mengumumkan ketibaan dari Nigeria, Afrika Selatan dan sembilan negara Afrika lain perlu menjalani kuarantin di hotel untuk memperlahankan penyebaran varian baharu itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini